Friday

Makanan Tradisional Melayu

Lemang

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,lebih popular lagi apabila tiba hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Biasanya lemang kita makan dengan rendang,tapi apa kata tahun ni kita tukar menu makan lemang dengan serunding lak..


Roti Prata/Roti Canai

Roti perata atau lebih dikenali dengan roti canai memang cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia. Ianya dimakan dengan kuah kari atau kuah dal tetapi lebih sedap bila kita masukkan serunding daging/ayam dalam kuah tersebut.anda patut cuba untuk merasai keenakkannya.

Nasi Lemak


Nasi Lemak juga antara yang popular,ada nasi lemak ayam,daging,ikan,telor,sotong dan kerang. apa kata kita tambah lagi 1 menu iaitu nasi lemak serunding..belum cuba belum tahu..orang yang dah cuba mesti merasa enaknya.
Budu, makanan tradisional Kelantan

Asam pedas popular di Selatan Malaysia

Nasi Kerabu, terkenal di Kelantan

Rendang

Aneka pulut

Mee Kari

Lemang

Kasu/Kasui/Kosu

Apam Kukus

Aneka makan tradisional Malaysia

Renungan Syaaban



Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Serunding Daging



Serunding daging dikenali juga sebagai Sambal Daging di Kelantan.
Kampung Laut, Pelekbang, Tumpat Kelantan terkenal dengan penghasilan serunding sejak turun temurun sehingga sekarang.Begitu juga pengeluaran serunding dari daerah-daerah lain seperti Langgar, Kota Bharu, Jelor Pasir Puteh, Pasir Mas dan lain-lain yang sama-sama terkenal dengan keenakannya yang tersendiri.

Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara tradisional, mengutamakan kebersihan. Sambal Daging tidak dibuat secara pengeluaran Pukal, kerana buat masa ini tiada mesin yang boleh memecahkan gentian daging yang kelihatan selari. Mesin yang ada hanya mampu melumatkan dan menghancurkan daging. Oleh itu sambal daging (serunding) yang asli masih kekal dibuat secara tradisional oleh mereka yang mempunyai kemahiran khusus yang tertentu.

Serunding kini bukan sahaja berada di pasaran tempatan malah ianya telah berjaya menembusi pasaran global seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, China dan lain-lain.

Thursday

Tempahan untuk Ramadhan dan Aidilfitri 2010

Harga (Serunding Daging)

100gm = RM 7
250gm = RM 15
500gm = RM 26
1kg = RM 50
2kg - 9kg = RM 48
10kg dan ke atas = RM 45

Tambahan kos penghantaran untuk;

500gm ke bawah,
Semenanjung M'sia = RM3
Sabah & Srwk = RM5

1kg,
Semenanjung M'sia = RM5
Sabah & Srwk = RM10

Penghantaran menggunakan pos Laju.

Pelanggan boleh memilih jenis perkhidmatan penghantaran sama ada menggunakan Pos laju atau Pos biasa atau lain-lain courier servis bagi berat serunding 2kg ke atas dan caj penghantaran akan diberitahu setelah pesanan dibuat.

Penghantaran serunding bermula 02 ogos 2010.
Bagi yang telah membuat pembayaran sila bagi maklumat lengkap untuk tujuan penghantaran dan untuk mengelak dari kelewatan penghantaran.
Nama:
Alamat surat menyurat:
No telefon:

Maklumat pembayaran,
Nama Bank:
Jumlah yang dibayar:
Tarikh dan masa pembayaran:
Berat Serunding:

Anda boleh membuat pembayaran, Bankin/Transfer/online transfer ke akaun Bank berikut;

Maybank - 101133006409
(Nor Azemi Yakub)

CIMB - 01090100079527
(Nor Azemi Yakub)

Untuk tempahan anda boleh hubungi/sms;

012-6853242 - Azmi (Abe Mi) atau,
emel; norazemi@yahoo.com atau,
pm inbox acc facebook Nor Azemi

Kenali Kelantan



Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud
kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula
menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.



Jata Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"



Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding(sambal daging,ikan,ayam), iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih akok, cek mek, jala mas, buah tanjung, putri mandi, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.

Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.