DM Serunding adalah pembekal serunding dari Kg.Laut Kelantan yang masyhur dengan keenakannya serta mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pembuatannya. DM Serunding dimiliki oleh Daya Maximum (JM0575384-W)
Friday
Serunding Daging
Serunding daging dikenali juga sebagai Sambal Daging di Kelantan.
Kampung Laut, Pelekbang, Tumpat Kelantan terkenal dengan penghasilan serunding sejak turun temurun sehingga sekarang.Begitu juga pengeluaran serunding dari daerah-daerah lain seperti Langgar, Kota Bharu, Jelor Pasir Puteh, Pasir Mas dan lain-lain yang sama-sama terkenal dengan keenakannya yang tersendiri.
Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara tradisional, mengutamakan kebersihan. Sambal Daging tidak dibuat secara pengeluaran Pukal, kerana buat masa ini tiada mesin yang boleh memecahkan gentian daging yang kelihatan selari. Mesin yang ada hanya mampu melumatkan dan menghancurkan daging. Oleh itu sambal daging (serunding) yang asli masih kekal dibuat secara tradisional oleh mereka yang mempunyai kemahiran khusus yang tertentu.
Serunding kini bukan sahaja berada di pasaran tempatan malah ianya telah berjaya menembusi pasaran global seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, China dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment