Saturday

Tempahan Sample TUTUP Isnin 23/8/2010 2:00pm

Tempahan untuk Sample Serunding (Daging/Ikan/Ayam) akan di TUTUP pada hari ISNIN 23 Ogos 2010 jam 2.00pm, Sila bagi nama,alamat dan no telefon yang boleh dihubungi. JANGAN lepaskan peluang ini HANYA RM3 untuk 3 Pek Sample termasuk kos penghantaran ke SELURUH MALAYSIA.

Cara tempahan,
Anda boleh membuat pembayaran, Bankin/Transfer/online transfer ke akaun Bank berikut;

Maybank - 101133006409
(Nor Azemi Yakub)

CIMB - 01090100079527
(Nor Azemi Yakub)


Klik Like DM Serunding di facebook anda hari ini.
atau hubungi terus/sms 012-6853242 (Azemi / Abe mi)

Sunday

Hanya RM3 termasuk Postage untuk SAMPLE Serunding Daging/Ikan/Ayam

Dapatkan 3 pek sample (Serunding Daging/Ikan/Ayam) hanya RM3 TERMASUK kos penghantaran dengan POS EKSPRESS, anda hanya perlu bagi nama, alamat lengkap dan nombor telefon yang boleh dihubungi. pm inbox (facebook)Nor Azemi atau sms ke 012-6853242 (Abe Mi). Tawaran ini dibuka selama 7 hari bermula 15/8/2010 (Ahad) hingga 22/8/2010 (Ahad). Pastikan anda tidak ketinggalan! PENGHANTARAN SETIAP HARI kecuali (Sabtu&Ahad)

Saturday

Harga Serunding Daging & Ayam


Harga (Serunding Daging)

100gm = RM 6
200gm = RM 11
500gm = RM 25
1kg - 4kg = RM 43 /kg
5kg - 9kg = RM 40 /kg
10kg dan ke atas = RM 38 /kg



Harga (Serunding Ayam)


100g = RM 8
200g = RM 15
500g = RM 33
1kg = RM 55

Tambahan kos penghantaran untuk; (Penghantaran menggunakan Pos Laju dan Pos Biasa)

Anda boleh membuat pembayaran, Bankin/Transfer/online transfer ke akaun Bank berikut;

Maybank - 101133006409   (Nor Azemi Yakub)

CIMB - 01090100079527   (Nor Azemi Yakub)


Untuk tempahan anda boleh hubungi/sms;

012-6853242 - Azmi atau,
emel; norazemi@yahoo.com

Tuesday

Doa Menyambut Ramadhan - Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.

“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan dan segala bulan. Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk dan pembeza antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.”

"Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Engkau membalas kami dengan balasan yang Engkau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.

Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya,

Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada junjugan besar kami Nabi Muhammad (SWA)dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesaran bulan Ramadhan, mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari derhaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Engkau ridhai.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Nabi Muhammad (SWA) dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang Engkau tentukan, fardhu-fardhunya yang Engkau fardhukan, tugas-tugasnya yang Engkau tugaskan, dan waktunya yang Engkau tetapkan.

Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunnahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, serta khusyu’nya

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan tetangga kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat,

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kesalahan dan maksiat.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Kau dekatkan, para nabi yang Kau kirim, para hamba soleh yang Kau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Nabi Muhammad (SWA)dan keluarganya.

Jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Kau janjikan kepada para kekasihMu, yang Kau pastikan kepada orang-orang yang sungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rahmatMu.

Ya Allah, tempatkan kami dikalangan dan orang2 yang terbaik di bulan ini.
Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami bersamaan dengan berakhirnya bulan Ramadhan,.

Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan berpuasa dan malamnya dengan qiamullil. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang hidup kami.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Nabi Muhammad (SWA) dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Kau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan gandaan yang hanya Engkau dapat menghitungnya. Sungguh Engkau melakukan apa yang Engkau kehendaki."

Monday

Tempah sekarang Serunding Daging/Ayam/Ikan untuk Ramadhan & Aidilfitri

Tempah sekarang Serunding Daging/Ayam/Ikan untuk Ramadhan dan Aidilfitri supaya anda tidak ketinggalan. Tempahan akan ditutup pada 15 Ramadhan bersamaan 25 ogos 2010. Tempahan akan dibuka semula pada 7 Syawal.

Wednesday

7 Hari lagi..!!

Tinggal 7 hari lagi bagi ummat Islam menanti kedatangan bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan mempunyai banyak kelebihan.

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.


2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

4. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Tuesday

Selamat Datang Ke www.focustwo.com

Selamat Datang Ke www.focustwo.com: http://www.focustwo.com/DayaMax

Perniagaan Travel & Tour dengan sistem pemasaran Revolving Matrix. Anda bukan sahaja akan mendapat ribuan USD setiap hari, malah anda akan mendapat vaucher MELANCONG tanpa henti.